Friday, 30 September 2011

boring ker?

Kepada member2 yang boring diluar sana tu..weekend x de aktiviti ker? bosan dalam kelas kuliah ker? tangkap lalat yang ada kt rumah korang tu!  bley r buat aktiviti ni yang pastinya menyeronokkan seperti di bawah ini...he3








sayang suami?


GAMBAR-GAMBAR LUCU
GAMBAR-GAMBAR LUCU
GAMBAR-GAMBAR LUCU
GAMBAR-GAMBAR LUCU
GAMBAR-GAMBAR LUCU
GAMBAR-GAMBAR LUCU

Monday, 25 July 2011

nervous





sapa yang x belom ambik ujian jpj? ckp2! HAHA, bukan apa, aku just nak share bagaimana payahnya nak ambik ujian ni..sesiapa yang ada pengalaman, untunglah,yang belom pernah bawak? x taw nak tukar clush ke minyak mcm mana? x ke berhenti kereta tu? HAHA. macam nmpk hantu pon ada,takot tiba2 kerete terbehenti plak ditengah tengah jalan..HAHA..grrr omg2! la nnti :) aku bukan nak bawak cerita la..sebelom korang nak ambik ujian jpj..korang kene buat latihan selama 8 jam bagi yang sudah pandai bawak la..maybe yang belom dorang kasi 10 jam ke 12 jam, terpulang kepada tenaga pengajar..sepanjang aku buat latihan asik kene marah je..ada je x kena..melampau btol! HAHA..almaklomlah..ak ni bukan pemandu berhemah pon..bawak main redah je..x kecut pelatih tu? HAHA..sepatotnya pelatih kena la sporting..memandangkan...bukan semua orang pandai bawakkn? lagipon kita bayar apa? what the hell la kalau nak marah2 ni! watch your mouth! pernah la terjadi satu kisah..ak perang mulut ngan pelatih tu..main kasar lagi cakap dye..last2 aku fed up..ak tarik hand break..keluar..tutup pintu kuat2...tendang kete skali! HAHA..mmg ak anti betol keling tu...x taw la kan dye ada masalah keluarga ke apa...tapi x patot..hal kerja lain citer..hal rumah pula lain la..tapi alhamdulillah..dye da diberhentikan kerja ..sebab ramai orang yang komplen pasal keling tu..padan muka! lalala..jadi selepas training 10 jam, aku pon terus booking kt amoi yang handle pasal ujian ni..bukan main lama lgy nak wat ujian tu..ambik masa dalam 2 minggu la..waktu tu..sabar jela..tapi agak risau lakan..mana taw..terlupa ke..x nyaya nnti! hee..so sepanjang 2 minggu tu..aku adalah mencuba kereta mak aku...tapi malangnya auto..so agak senang siketla..berbanding kereta yang akan digunakan masa ujian nnti manual bai...kena la berhati2..huhu..so alhamdulillah dengan berkat doa..aku telah pon lulus ujian ini..so raya ni boleh la konvoi naik kereta,,HAHA..pada mula aku fikir aku fail..tgk2 cukup makan je...masa tu aku x taw nak ckp apa....bersyukur sgt2..alhamdulillah :)
kepada yang belom ambik ujian 


GUD LUCK!

Tuesday, 19 July 2011

facebook kita selepas kita sudah tiada






pernah x terlintas difikiran korang jika suatu hari nnti korang sudah tiada?
apa akan terjadi pada akaun facebook korang
kita tidak tahu bila kita akan pergi
facebook kita hanya kita sahaja yg taw
kita sahaja yg tahu mengaccesskannya
sbb apa?
password! 
orang lain tidak mengetahui..
jadi apa2 yg ada tetap akan ada..
gambar yang tidak menutup aurat bagaimana?
facebook medium untuk berkomunikasi bukan untuk  publisiti
tidak dapat aku bayangkan ..
mesti kawan kita akan mengucapkan takziah kepada kita,
disaat itu kita tidak boleh nak ucapkan apa2 lagy
ia  hanya hiasan, kenangan disaat suatu ketika dahulu
dimana kita meluahkan rasa,
tetapi,
ianya sudah berakhir,
kalau dahulu kita ketawa,berfoya-foya,tengok gambar yang tidak menutup aurat,
tapi sekarang kita tidak dapat melihat apa2
hanya pahala yang bisa kita harapkan,
aku tidak mahu  dosa,
tetapi aku tidak boleh lari darinya,
aku tidak sempurna!
tetapi masih cuba untuk berubah ,
apa apa pon saksikan video dibawah ye..(^_^)

http://www.youtube.com/watch?v=oFo6QZAL5KU

Wednesday, 6 July 2011

Siapa kenal albert einstein?? ?
Mari kita kenali beliau dengan lebih rapat!
Kita telah mengetahui seorang ilmuwan Fisika yang terkenal sejak zaman bahula sampe sekarang, zaman modern..
Seorang Genius yang telah berhasil mempublikasikan teori relativitas dan Nisbi ini memiliki sesuat yang aneh pada masa hidupnya..
albert einstein on bicycle3.19043720 Fakta Aneh Albert Einsten
Albert%20Einstein 4 Fakta Aneh Albert Einsten

Albert%20Einstein%201920 Fakta Aneh Albert Einsten
albert einstein Fakta Aneh Albert Einsten
1. Ketika Einstein lahir ia seorang bayi yang gemuk dan berekepala besar, (ibunya sampai-sampai menyangka ia cacat).
2. Einstein ketika masih kanak-kanak susah sekali berbicara, (Sebagai anak kecil ia susah sekali berbicara, kalau berbicara ia sangat lamabat atau terbata-bata, ini berlanjut sampai ia berumur 9 tahun).
3. Einstein di inspirasi oleh sebuah kompas, ( Ketika Einstein berumur 5 tahun terbaring di tempat tidur karena sakit ayahnya memperlihatkan kepadanya sesuatu yang menyulut minatnya pada sains benda itu adalah: Kompas).
4. Einstein gagal ujian untuk masuk ke perguruan tinggi, Dalam tahun 1895, pada usia 17 tahun, Albert Einstein masuk ke Swiss Federal Polytechnical School(Eidgenössische Technische Hochschule atau ETH). Ia lulus ujian matematika dan pelajaran sains, tapi gagal di pelajaran lainnya (sejarah, bahasa, geografi, dll)!, pernah ia masuk ke sekolah perdagangan tapi akhirnya kembalilagi ke ETH setahun kemudian.
5. Einstein mempunyai anak terlarang atau anak diluar nikah, (Pada tahun 80an surat-surat pribadi eisntein mengungkapkan sesuatu yang baru, yaitu ia memiliki anak haram dari sesama mantan siswi Mileva Marić).
6. Einstein Mempunyai hubungan yang buruk pada anak pertamanya. Setelah einstein bercerai dengan istrinya, hubungan Einstein dengan anaknya hansAlbert menjadi layaknya ” batu”, Hans mencela ayahnya karena setelah memenagkan hadiah nobel ia htidak peduli lagi pada istrinya , sehingga mantan istrinya mendapatkan kesulitan finansial.
7. Sesudah Einstein menceraikan Mileva, einstein menikah dengan gadis muda. ketidaksetiaannya dijadikannya sebagai salah satu alasan untuk bercerai. dia segera menikahnya sepupunya Elsa Lowenthal. Sebetulnya, Einstein juga mempertimbangkan menikah debgan Elsa’s (dari perkawinan pertamanya) Ilse, tetapi dia keberatan.
8. Einstein, Pecinta Damai, tetapi mendesak FDR untuk membangun Bom Atom, (Hasilnya, 2 bom atom jatuh di hiroshima dan nagasaki).
9. Otak Einstein diawetkan di Guci selama 43 Tahun.
sekian dari saya!!

Thursday, 30 June 2011

aku bukan seorang perokok


KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK!!


perokok?
aku bukan seorang perokok!
kalau boleh aku nak dijauhkan  diripada orang yang merokok,
bukan sebab apa,kerna aku sayang diri aku ni ler..hee
korang taw la kan...kesan sampingan orang yg terkene asap rokok
bukan ak benci ,
tetapi kadang2 ade yg x respect kt public!
sembur asap sana sini..
mana akal?
atau dia orang nak kita pon terlibat sama?
what the hell la kan!
HAHA..ini aniaya..
ade gak yg okey...
tetapi dalam nisbah yg agak sidikit kan?
okey..kali ni saya senaraikan kesan2 merokok dan cara mengatasi :)


Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.





Apakah bahaya merokok???
Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat




Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???
Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.






Bagaimana cara berhenti merokok ???
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 3 cara
1) Berhenti terus
2) Berhenti beransur-ansur
3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin. 
SEKIAN :)




Pernah jumpa hantu???
kowang rasa hantu ni betol2 wujud ke atau disengajakan oleh orang dahulu untuk menakutkan anak2 mereka?

Apa pon pendapat korang, x kesah la fake ke apa ke..ak nak cerita mengenai senarai hantu2 yg menjadi buah mulut orang ramai pada masa kini:)



SELAMAT MEMBACA :)





1. Hantu Raya – Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk
pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat
menginapnya disyaki di balai – balai raya.

2. Hantu Langsuir – Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu
datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin – Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga.
Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin
sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung – Di percayai berasal dari Tanah Besar China . Ia
bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya
jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan
menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk
itu. Perkataan akhirnya ialah ‘jerang… ..kung’, jadilah Hantu Jerangkung.
Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada
lagu ‘Jerangkung Dalam Almari’.

5. Hantu Pontianak – Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr.
Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung
selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak – Ponti punya anak -
Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,
anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi!
Pontianak … Lekatlah nama pontianak .

6. Hantu Penanggal – Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.
Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.
Hebohlah satu kampung ‘Lari..lari… ..Penanggal’. Bila dia melihat sesuatu
yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai
semahunya.

7. Hantu Pocong – Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin
Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia
mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom – Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang suka
main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..
disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,
komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..
shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja… samala macam korangggg!!!!
hehehe… ..
korang2 pernah tak terbayang tentang pekerjaan orang yang menjaga bilik mayat?
pernah taK?
mesti penjaga itu berani kan? kalau ak? bukan setakat mayat, tgk darah pon rasa nak pitam..hee~~


Ok la Baru2 ni ak tgk citer haunted universities mengisahkan  seorang mahasiswa dalam bidang perubatan ditugaskan menjaga bilik mayat pada malam tahun baru..pergh seram jugak la...penuh dengan debaran yg pasti membuatkan penonton x senang duduk dengan scene2 yg menakutkan..hee

ok , kali ni aku nak menceritakan 9 cerita mengenai pengalaman ganjil  di bilik mayat :)

selamat membaca :)


JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELEBUNGI MISTERI !!

cerita 1)
1. kali ni saya cerita tentang pengalaman mistik saya semasa saya bertugas sebagai pembantu bilik mayat,mungkin ada yg tertanya apakah pembantu bilik mayat,apakh peranan seorg pembantu bilik mayat?peranan pembantu ini terdiri dari "penghantaran mayat ke waris si mati,tukang mandi,tukang kapan,dan penjaga mayat,kejadian ni dlm pertengahan tahun 2002,satu hari ketika saya tido di rumah,saya dpt panggilan dari bilik mayat suh saya dtg untuk tlg jaga org mati accident ngeri sementara tggu waris tuntut mayat,dlm perjalanan saya ke hospital,saya tercium bau spt bunga kemboja,padahal tempat tu xder plak tanam pokok kemboja,melainkan pokok bunga kertas,setibanya saya di hospital,saya masuk ke bilik mayat dan melihat mayat yg dah hancur,spt biasa saya saya dan seorg lagi staff membersih darah dan cebisan mayat tersebut,setelah urusan sijil kematian dan membersihkan mayat selesai,kami masukkan mayat tu dlm peti khas(peti mayat),nak jdkan cite,saya ditugaskan menjaga bilik peti mayat yg bersebelahan dgn bilik bedah siasat,kwn saya ditugas di kaunter bilik mayat,dalam kesejukkan tu saya cuba tido,tapi mata xnak lelap,tiba2....saya terdengar alat2 di bilik bedah siasat jatuh,trus saya gi check,tapi bila bkk lampu,satu barang pun tak terusik....

jadi saya kembali ke bilik peti mayat,dan cuba utk lelapkan mata,dlm cubaan saya nak lelapkan mata,ada bunyi yg saya dengar...kali ni bkn di bilik bedah siasat...tapi kat dlm peti mayat yg baru kami masukkan tu...seolah dia menangis sambil meraung2,jadi saya bangun dan trus bkk peti mayat tu,tapi yang hairan mayat tu dah dlm posisi tertiarap,saya cepat2 pggl kwn utk betulkan blk mayat tu,dan masa tu gak saya ternampak mcm org melintas kat bilik peti mayat,dah selesai tu kitorg pun wat tugas masing2....sampai la esok pagi,waris dia datang tuntut....tapi cite ni x abis kat situ...sampai dibawa ke rumah.... sampai berubat gak la dlu...sbb bnd tu ikut blk...maybe dia tak tenteram kot..


cerita 2)
member saya ni keje dia bantu doktor wat post mortem,bila doktor selesai,dialah kene jahit blk...nak jadikan cite,mlm tu ada mayat mati accident,so diorg wat la bedah siasat kat mayat pompuan india,bila dah selesai tu,doktor tggalkan dia seorg2 dlm bilik bedah siasat,mcm biasalah dia wat,dah abis dia catat then dia bg kat kitorg utk simpan dlm peti mayat,mlm tu dia kata dia x sihat sgt,so kitorg yg bertugas suh la dia blk ke bilik rehat,bilik rehat hospital ni jauh skit dari bilik mayat,pagi esoknyer kitorg check out kul 7 pagi,bila balik dari bilik mayat tu kitorg gi bilik rehat,kitorg jumpa dia kat luar bilik rehat,bila kitorg gerak dia,baru dia bangun,so kitorg pelik la knp dia ni tido luar,tapi dia xcite ape2 pun,dia suh bwk dia blk umah,sampai kat umah dia,baru dia cite ape yg jd kat dia,dia ckp masa on the way blk tu,dia perasan mcm ader kelibat ikut dia dari belakang,bila toleh xder org,samapi je kat pintu bilik rehat tu,dia nampak ade pompuan,so dia tnyer la,knp kat bilik rehat ni?bilik ni khas utk laki,tapi pompuan ni asyik tunduk jer,masa dia bkak pintu bilik rehat tu,tiba2 pompuan tu ckp kat dia,yg dia hilang barang,tu yg dia nak mintak member saya tolong carikan,member saya ni mmg lurus bendul&suka tolong org,dia tnyer la benda ape yg hilang,pompuan tu ckp barang penting,klu xckup idup dia x tenteram,so member aku ni amik torch light kat bilik rehat,masa tgh cari tu,tiba2 pompuan tu ckp yg benda hilang tu bkn kat sini,tapi kat bilik bedah,dia pun pelik la,sbb selain pembantu and doctor yg incharge,xder sape yg dibenarkan masuk bilik mayat,dia tnyer lagi,adakah pompuan ni salah seorg staff mlm tu,tapi dia xjwb...bila dia x jwb,member saya suluh la muka dia..korang tau ape yg member saya nampak??

dia namapak pompuan tu sebijik mcm muka org yg diorg bedah siasat tadi,yg dia ingat,pompuan tu trus terbang,tu jer...trus dia pengsan....demam gak dia..jenuh gi berubat...
member saya ni still keje mcm tu lagi,tapi bukan kat hospital la,dia bertugas kat penjara,tolong doktor sahkan org yg mati kena hukum gantung,
ari ape yg org yg ubat dia tu kata,member saya ni dia x cuci betul darah&sisa kecik dari mayat tu..


kisah 3)
nak kongsi lagi pengalaman,ni masa saya ditugas antar mayat xder kepala,sekitar tahun 2001,biasa kita akan antar malam,sbab bila pagi atau tghari ni,mayat cepat bau,kene plak saya seorg kene antar mayat tu...sbb staff mase tu cuti,citer mcm ni,dlm perjalanan saya lalu kat highway,tiba2 ader org hon dari belakang,saya ingatkan kete tu nak potong,so saya bg la laluan,masa dia potong tu,dia sempat jerit kat saya "hantu",dlm ati saya mmg panas la,dah la saya bagi laluan,dia plak main sound,tiba jer kat satu perhentian,saya ternampak kereta yg sound saya tgh isi minyak,saya dtg kat dia,saya tnye knp dia marah,masa tu baru dia citer ada benda bertenggek atas van mayat,benda tu xder kepala,patutlah dia pecut semacam jer lepas potong tu,saya dah syak la benda tu nak mainkan saya...so saya amik keputusan tggu kat perhentian sampai ari cerah,baru bertolak,waris ader tanyer,knp lambat sampai,saya bg alasan tayar pecah hehe(padahal takut) mase tu hanyir n bau xusah ckp la...xperlah,janji jgn dia jer ikut sudah,sampai tukang cuci keta pun reject xmau cuci...terpaksa la cuci sendiri..

kisah 4)
ini cerita senior kat sayalah,ade seorg doktor ni,dia ni otak sains sgt,xcayer ada gangguan klu keje bilik mayat,mlm tu abis dia postmortem mayat,dia pun blk umah,masa dlm kete tu dia cium bau yg kuat(bau mayat)+bau kapur barus,dia ingatkan bau baju dia,sampai jer umah,dia trus mandi,tapi bau tu masih ikut dia,dia ni mcm biasalah wat rileks dia jer,otak sains la katakan,mlm tu dia mimpi,org yg dia postmortem tadi tu nak ikut dia,klu skali dia mimpi tu xpe gak,ni behari2,badan makin lama makin kurus,nampak mcm org bodoh jer,so staff kat situ syor kan dia gi berubat,senior saya ckp doktor tu kena badi mayat..byk gak la duit dia abis utk berubat kesian doktor tu...

kisah 5)
ni saya kongsikan cerita dari thailand,ni pengalaman isteri saya dan kwn yg bekerja di salah sebuah hospital di thailand,ni pengalaman yg dicerita isteri saya,isteri saya ni jururawat di wad bersalin,msa tu dia kene shift malam,pada mlm tu dia dpt duty utk hantar report pompuan mati bersalin ke bilik mayat,dlm masa tu dah lewat 12 mlm,yg ikut dia ke bilik mayat tu ada seorg kwn dia,masa perjalanan dia ker bilik mayat tu,tiba2 diorg terdengar bunyi org nangis selang seli dengan gelak yg nyaring,tapi bunyi tu sayup2 kedengaran jer,so diorg lajukan perjalanan,selalunya wad dgn bilik mayat ni jauh k,sambung blk cerita isteri saya,makin lama makin jelas bunyi org nangis dan mengilai,dek kerana tugas diorg terpaksa wlaupun 2 2 sama takut,sampai je kat depan bilik mayat tu,diorg ternampak satu lembaga putih melintas atas bumbung bilik mayat,ape lagi diorg lari la gi kat kaunter bilik mayat,tapi diorg xcite kat org yg bertugas dlm bilik mayat,citer tu x abis kat situ,dlm perjalanan pulang ke wad plak,diorg ikut koridor,tempat tu terang tapi sunyi,masa diorg duk sembang pasal benda yg diorg nampak tu,tiba2 diorg berselisih dgn seorg pompuan berpakaian pesakit,mula2 tu diorg ingatkan pesakit,mcmane diorg bleh teringat yg pesakit ni xdibenar berada luar,so diorg pun toleh la sebab nak tegor and suh blk wad,alih2 diorg tgk pompuan tu dah bertenggek atas pokok dan trus terbang,apalagi dia ngan kwan dia lari xckup tanah la hahaha...itulah pengalaman isteri saya sebagai jururawat..



kisah 6)
satu pengalaman aku kat spital...

masa tahun lepas,masa tu baby aku baru 6 hari dilahirkan..jaundise tinggi n doctor suh aku g hospital(hospital lagi)..sampai hospital baby aku kena tahan plak..dahlar kena tahan aku plak takleh stay sekali...

kerana kesiankan baby aku..aku duduklar kat luar ward kanak2 tu..satu jam sekali aku masuk tuk susukan baby aku tu...sampailah malam..Ada satu pasangan ni baru sampai..dia datang pun sbb nak susukan baby dia yg kena tahan sama cam baby aku..pas siap tu.tgok diaorg keluar dr ward n duduk kat kerusi2 yg mmg dah tersedia kat koridor..

suami aku ni terlebih peramah..tanyalah kat pasangan tu dr mana,knapa,ank ke baper..asal n etc... tiba2, angin kuat n hujan rintik2..oppsss lupa nak bg tahu hospital tu 2 tingkat,so tingkat bawah adalah bilik mayat..si suami pasangan ni punmulalah bercerita....jeng..jeng... dia ckp dia baru pertama kali datang hospital ni n tak tahu pintu mana harus dia masuk..sekali tu dia lalu depan bilik mayatlar...

masa dia lalu tu angin mmg kuat..dia nampak sorang doktor lelaki lalu..dia tgok jer doktor tu n niat nak senyum..sekali punyalah dia terkejut bila dia tgok doktor tu lidahnya terjelir sampai ke lantai n terus terpandangkan bilik mayat yg dia lalu..tapi, dia buat tak tahu dengan harapan isteri kat sebelah tak terperanjat almaklumlah isteri ngah berpantang..

pas dia cerita tu...aku duk rapat2 ngan laki aku...sampailah pagi...Alhamdulillah tengahari tu baby aku dah boleh keluar..masa ngah tgu surat untuk keluarkan baby aku tu..satu lagi mayat baby diusung keluar depan mata aku..baby umur 8 bulan...rupanya aku jumpa gak mayat..


kisah7)
ni kes 4 tahun lepas pernah terjadi kat seorg kakitangan bilik mayat kat tempat saya keje dlu,pompuan ni baru jer dapat keje kat bilik mayat sebagai penjaga kaunter,seperti biasalah,mcm saya ckp bila shift malam hanya tggal 2 org yg bertugas dlm bilik mayat,seorg dlm bilik mayat,seorg lagi di kaunter,staff yg lain hanya standby.

cerita mcm ni,pompuan ni dia suka ckp besar,dia kata klu nampak mayat berjalan dia nak mintak tandatangan,so masa dia dapat shift mlm tu,dia hanya seorg kat kaunter,sebab yg jaga dlm bilik mayat tu kuar gi rehat,masa dia semak repot,tiba2 dia nampak seorg laki dtg,laki tu tanya la kat bdk pompuan ni yg dia nak tgk mayat yg mati petang tadi.

so pompuan tu mintaklah surat kebenaran dari pihak hospital,dia pun bagi,masa tgh check surat tu dia sempat lagi sembang ngan laki ni, dah siap di check,dia suruh laki tu tggu,dia ni pun gi lah dlm bilik peti mayat,check nombor siri yg sama dlm surat.
masa dia bkak peti mayat tu,dia nampak muka yg meninggal ptg tu sebijik mcm muka org yg dtg tgk mayat tu,tapi dia fikir munkin kembar dia,dah selesai ditarik keluar tu,dia pun pergi kat kaunter,tapi dia xnampak kelibat laki yg dtg tadi tu,dia pun trus talipon guard yg jaga luar pagar bilik mayat tanya pasal laki yg baru dtg,tapi pak guard tu kata xder saper pun daftar masuk,kwn yg jaga bilik mayat tu pun blk dari rehat,dia tanya knp bwk keluar mayat ni,pompuan tu kata sebab ada org dtg nak tgk mayat ni,dia kata org tu sebijik mcm muka mayat tu,tu yg wat penjaga bilik mayat ni hairan,so dia terangkan kat pompuan ni,xde sape yg dibenarkan masuk atau melawat malam melainkan petugas,doktor yg bertugas dan pegawai penyiasat.
dah dia dengar mcm tu baru dia tau yg dtg tu org yg meninggal ptg tadi,mggu lagi satu dia mintak berhenti keje,saya pernah tanyer dari dari org yg shift ngan dia mlm tu ckp,lepas dia berhenti tu dia dah jadi gila,xtaulah skang,harap2 dia dah sembuh..



kisah8)
ni ade cite,masa tu mmg memulas sgt2 perut,dah la kene shift mlm.
masa ke tandas adalah terdgr mcm org ikut dari belakang,saya x phm la knp kebanyakan bilik mayat ni,diorg punyer tandas mesti duk kat hujung2 skali,dah la bersebelahan ngan bilik mandi mayat,masuk je dlm tandas,tiba2 ade org ketuk pintu tandas,saya ingatkan penjaga kaunter tu,so saya ckp la ade org dlm tandas,dah selesai jer melepas hajat,saya tgk xder org yg berada dlm tandas tu. selain saya,
masa saya cuci tgn kat sinki,dari cermin tu,saya ternampak "benda" melintas belakang saya,benda yg saya maksud tu bentuk dia mcm "kak pon",apalagi cuci tgn cepat2,trus gi bilik mayat,trus pasang sume lampu yg ade dlm bilik peti mayat tu,sampai la abis shift mlm.
saya klu jaga bilik mayat,saya suka pasang 1 lampu jer,lampu kat meja,tempat saya menulis repot,yg lain saya tutup,semenjak kejadian tu,saya buka sume lampu dlm bilik peti mayat.
mcm yg kwn saya kene tu,dia nampak "benda" tu bertenggek atas peti mayat yg paling hujung,yg hujung tu gelap sikit,dia apalagi cabutlah,esok tu dia kene marah dgn doktor,sbb repot x siap
.

kisah 9)

ni ade 1 pengalaman yer,dimana saya diminta menolong seorg kawan saya berbangsa cina untuk menguruskan mayat adik dia,adik dia bunuh diri(gantung),mata mayat tu terbeliak,sehingga mcm nak keluar,si abg dia ni suh saya pejamkan mata mayat tu,sbb dia kata,dia nak adik dia mati tenteram,so saya cubalah,tapi mata mayat tu ttp terbeliak gak.

saya ckp kat abang si mati tu,saya mmg normal klu org mati mcm ni,lidah dan mata mesti terjelir/terbeliak,si abg tu mcm tak puas hati,trus dia minta saya jahitkan mata si mati tu,nak xnak saya terpaksa wat gak,sebab ni permintaan si waris.

esok tu,si abg ni kol saya,dia kata adik dia dtg dlm mimpi,minta dibukakan blk jahitan tu,sbb dia sesat jalan nak pulang,lebih kurang mcm tu la si abg ni ckp...tu saya syorkan abg dia pergi berubat,dah lps tu saya xdgr lagi cite dia,apa dah jadi pun saya xtau..

Monday, 27 June 2011

adakah anda orang yg pling pantas menaiP???




pandai memasak??
Bagaimana pula dengan menaip???
Disinilah medan percubaan!!


kalau korang menaip dengan cepat dan pantas
tekan link dibawah itu  & tengok sejauh mana kepantasan korang okeyh :)


gud luck!!





http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Tuesday, 21 June 2011

10 sebab untuk jauhi dadah






Dadah bukan perkara biasa dikalangan remaja ketika ini,mereka lebih suka dengan sifat ingin mencuba  ,lumrah remaja inginkan kebebasan..mula mula dari rokok,gam,  arak,dan juga dadah..termasuklah pergaulan bebas yang semakin bermaharajalela pada ketika ini..ok disini saya akan listkan 10 sebab perlu menjauhan diri daripada dadah :)



  1. Hukum. Sesungguhnya dadah diharamkan Allah swt.
  2. Kesihatan: Dadah seperti marijuana, kokain dan lain-lain meninggalkan kesan BURUK kepada kesihatan. Malah ia boleh membawa maut. Tambah pula dengan tabiat penagih dadah yang tidak menjaga kesihatan, malas bersenam dan lain-lain.
  3. Sakit mental. Penyakit mental lebih tinggi untuk penagih dadah. Depresi yang berterusan dan kerosakan kepada otat dan sistem saraf hasil dari pengambilan dadah adalah punca utama.
  4. Masa. Kegiatan mengambil dadah bukan sahaja membuang masa dan membahayakan anda, malah ia boleh merosakkan kehidupan anda di dunia ini. Lagi-lagi sekiranya anda perlu meluangkan masa di pusat-pusat pemulihan dan penjara.
  5. Keluarga. Dadah adalah punca pecah-belai keluarga. Penagih dadah kerap menjadi beban kepada keluarga tersayang - mencuri duit, sakit depresi, sakit mental dan lain-lain tabiat yang berpunca dari pengambilan dadah merosakkan institusi keluarga.
  6. Kerjaya. Penagih dadah tiada fokus kerjaya. Dadah adalah fokus mereka. Ramai dibuang kerja disebabkan penyalahgunaan dadah. Adakah anda ingin membuang kerjaya dan keluarga anda demi dadah?
  7. Kawan-kawan. Penagih dadah hidup keseorangan kerana mereka kehilangan keluarga, kawan-kawan yang tidak ingin terlibat sama dengan kegiatan terkutuk itu. Lama-kelamaan, penagih dadah akan mencari sesama dan terus merosakkan jalan kehidupan merakan.
  8. Depresi. Dadah tidak membawa kegembiraan. Penggunaan dadah yang berterusan akan jadikan penggunanya berasa murung, sedih dan hilang semangat. Depresi itu lama-kelamaan boleh membawa masalah lain seperti penyakit mental dan maut!
  9. Duit. Ia tidak menguntungkan sesiapa. Dadah adalah satu pembaziran duit yang amat tinggi. Tambah pula apabila penagih kehabisan duit, mereka akan melakukan apa sahaja untuk melayan penagihan mereka - curi, peras ugut, pinjaman dan lain-lain.
  10. Maut. Dadah membawa maut melalui pelbagai cara - serangan jantung, kemalangan, bunuh diri, over-dose dan lain-lain.