Tuesday 21 June 2011

10 sebab untuk jauhi dadah






Dadah bukan perkara biasa dikalangan remaja ketika ini,mereka lebih suka dengan sifat ingin mencuba  ,lumrah remaja inginkan kebebasan..mula mula dari rokok,gam,  arak,dan juga dadah..termasuklah pergaulan bebas yang semakin bermaharajalela pada ketika ini..ok disini saya akan listkan 10 sebab perlu menjauhan diri daripada dadah :)



  1. Hukum. Sesungguhnya dadah diharamkan Allah swt.
  2. Kesihatan: Dadah seperti marijuana, kokain dan lain-lain meninggalkan kesan BURUK kepada kesihatan. Malah ia boleh membawa maut. Tambah pula dengan tabiat penagih dadah yang tidak menjaga kesihatan, malas bersenam dan lain-lain.
  3. Sakit mental. Penyakit mental lebih tinggi untuk penagih dadah. Depresi yang berterusan dan kerosakan kepada otat dan sistem saraf hasil dari pengambilan dadah adalah punca utama.
  4. Masa. Kegiatan mengambil dadah bukan sahaja membuang masa dan membahayakan anda, malah ia boleh merosakkan kehidupan anda di dunia ini. Lagi-lagi sekiranya anda perlu meluangkan masa di pusat-pusat pemulihan dan penjara.
  5. Keluarga. Dadah adalah punca pecah-belai keluarga. Penagih dadah kerap menjadi beban kepada keluarga tersayang - mencuri duit, sakit depresi, sakit mental dan lain-lain tabiat yang berpunca dari pengambilan dadah merosakkan institusi keluarga.
  6. Kerjaya. Penagih dadah tiada fokus kerjaya. Dadah adalah fokus mereka. Ramai dibuang kerja disebabkan penyalahgunaan dadah. Adakah anda ingin membuang kerjaya dan keluarga anda demi dadah?
  7. Kawan-kawanPenagih dadah hidup keseorangan kerana mereka kehilangan keluarga, kawan-kawan yang tidak ingin terlibat sama dengan kegiatan terkutuk itu. Lama-kelamaan, penagih dadah akan mencari sesama dan terus merosakkan jalan kehidupan merakan.
  8. Depresi. Dadah tidak membawa kegembiraan. Penggunaan dadah yang berterusan akan jadikan penggunanya berasa murung, sedih dan hilang semangat. Depresi itu lama-kelamaan boleh membawa masalah lain seperti penyakit mental dan maut!
  9. Duit. Ia tidak menguntungkan sesiapa. Dadah adalah satu pembaziran duit yang amat tinggi. Tambah pula apabila penagih kehabisan duit, mereka akan melakukan apa sahaja untuk melayan penagihan mereka - curi, peras ugut, pinjaman dan lain-lain.
  10. Maut. Dadah membawa maut melalui pelbagai cara - serangan jantung, kemalangan, bunuh diri, over-dose dan lain-lain.

1 comment: