prada life ( buat blog bukan kerna nama tapi kerna rasa)
Wednesday, 28 August 2013
Monday, 8 October 2012
Graduation Day
Perjalanan masih panjang, hari graduasi yang diadakan baru2 ini pada 30 ogos 2012 adalah detik bersejarah bagi kami warga/ pelajar Institut Profesional Baitulmal sebagai penghargaan kepada kami setelah mengakhiri alam peperiksaan dengan jayanya.Berikut adalah keseluruhan pelajar yang menghadiri majlis tersebut.
Alhamdulillah dengan berkat doa dan kesabaran kita telah berjaya. Walaupun tidak seberapa tetapi sudah cukup mengembirakan hati insan yang tersayang. Saya harap semua kawan2 berjaya pada masa hadapan mungkin ada yang akan menyambungkan pelajaran, mungkin juga akan ke alam pekerjaan .apa2 pon gud luck kt u all :)
Thursday, 22 December 2011
holiday!!
hye guys...apa topik yang ingin dibicarakan? asik dengar pasal cintan cintun jekan..bosan la..x best mananya pon pasal tu..wat sakit hati je...daging ? limpa? x sakit pulak..heee..sebenarnya x de idea pon nak mengarang kt blog ni kan..almaklumlah…dah lama x mengupdate..rasa janggal pon ada..bak kata pepatah alah bisa tegal biasa..kalau selalu kita buat..bende itu akan jadi biasa..perkara dan benda yang susah akan jadi senang…dan yang jarang itu pulak sebaliknya…memandangkan bulan December skunk ni..dimana kebiasaannya…bulan ni kita sekeluarga akan meluangkan masa bersama keluarga tercinta..korang sudah ada perancangan nak pergi mana2 x? bukan apa..untuk menentukan sesuatu perkara..kita kene merancang dari awal ..supaya..ianya berjalan seperti yang ditetapkan..bagi aku..kalau nak ajak aku lah ..g memana pon..aku akan menitikberatkan soal kelengkapan..baju itu sudah menjadi keutamaan..bukan gila fesyen okey? Huu..bagi aku..aku lebih gemarkan pergi bersantai di pantai..melihat keindahan alam yang terbentang luas..memberikan ketenangan yang mengasyikkan..jiwa pon rasa tenteram je..kadang2 kita sebagai insan biasa tidak lari dari sebarang masalah..justeru..lebih molek kita pergi tenangkan diri dengan bercuti..apa yang pasti aku suka melihat matahari yang terbenam…menantikan bulan yang silih berganti..cewah! huuu.then malam2 lepak tepi pantai..terasa angin sepoi2 bahasa..memang feeling..ini berdasarkan pengalaman..sebab sebelom ni pergi dengan family dengan cousin..agak terkawal jugak..alangkah bestnya kalau pergi dengan rakan2..pergh! mmg terrbaikk!! Kereta da ada..tinggal nak pergi jeni..tapi tidak tahu kemana destinasi yang harus kutuju…J okey guys..aku rasa sampai disini sajalah entry aku kali ini ye..dan kepada kawan2 diluar sana..SELAMAT BERCUTI!
Wednesday, 7 December 2011
CEMBURU??
Terlalu umum untuk mengatakan cemburu itu membawa kebaikan…tetapi bagi aku…ia merupakan perasaan yang boleh diaggap sihat…jika kita berfikir dari sudut positif…cemburu bukan untuk menjatuhkan orang lain..tetapi cemburu untuk memajukan diri sendiri…itulah yang mulia…bagi aku…ada jugak segelintir manusia yang tidak pernah senang dengan kebahagiaan orang lain…kenapa?
tepuk dada tanya selera..bagi aku kerana cemburu la….kita kecapi apa yang kita peroleh sekarang..
jujur aku katakan…suatu ketika dahulu..aku tidak tahu mengira..lemah sangat dalam matematik…
kadang2 malu dengan kawan2 yang lebih pandai…yang paling aku lemah…bab bahagi..memang bler..
cikgu bagi..asik dapat telur je…zero..nothing! kerna sifat cemburu la..aku cuba memperbaiki diri yang serba kekurangan ini…lama kelamaan aku mula meminati bab mengira …last2 da tersangkut pulak dengan akaun…kalau nk difikirkan memang agak kelakar…gelak siket! HAHA…yela..daripada budak yang lemah bab mengira..ambik kos akaun …alhamdullillah..aku sangat mencintai subjek akaun ini..harap2 boleh menjadi sebahagian daripadanya..perjalanan masih panjang..dan banyak lagi benda yang perlu aku pelajari untuk menjadi modal insan yang berjaya Insyaallah…tuntasnya..tanpa cemburu siapalah kita kan? hee
x taw nk ckp apa..itu jela yang mampu…emm..nak cemburu pasal cinta?? No komen!! HAHA
_____________________________________________________________________________
SAMPAI DISINI SAJE ENTRY KALI INI J
TERIMA KASIH MEMBACA
Thursday, 6 October 2011
10 negara dengan ketenteraan yang paling besar di dunia
10 Negara Dengan Jumlah Ketenteraan Yang Paling Besar Di Dunia
Dibawah adalah senarai negara yang mempunyai jumlah kententeraan yang paling besar didunia. Enjoy!
TURKI
PAKISTAN
AMERIKA SYARIKAT
IRAN
CHINA
INDIA
VIETNAM
KOREA SELATAN
KOREA UTARA
RUSIA
Sunday, 2 October 2011
tempat-tempat misteri kt malaysia
misteri itu unik..
ok kawan2..kali ini aku nak tunjuk senarai tempat2 yang misteri kat malaysia ni..
banyak perkara aneh sering berlaku..
ok kawan2..kali ini aku nak tunjuk senarai tempat2 yang misteri kat malaysia ni..
banyak perkara aneh sering berlaku..
15 TEMPAT BERHANTU DI MALAYSIA
Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah
1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
HIGHLAND TOWER,suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yg didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. 1 tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.
2.BANGLO MONA FANDEY
Banglo yg pernah didiami oleh seorang artis terkenal tanah air yg merupakan dukun. Pernah terlibat dalam 1 kes pembunuhan yg menggemparkan 1 malaya.
3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU
Shopping complex yg terbengkalai sejak sekian lama. Dipercayai tempat kediaman pelbagai makhluk2 halus.
4.LEBUHRAYA KARAK
Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih2 lagi apabila di kawasan terowong ini. Seringkali mengakibatkan kemalangan yg meragut nyawa.
5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan 1 kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan2 mistik telah terjadi di sekitar kawasan itu.
6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND
Sebuah apartment usang yg sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
antara tempat2 lain ialah:
7.GEORGETOWN,PENANG
8.ST MICHAEL'S INSTITUTE,IPOH
9.MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR,PERAK
10.VICTORIA'S INSTITUTION,KUALA LUMPUR
11.LOST WORLD OF TAMBUN,PERAK
12.POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR
13.PERKUBURAN ISLAM KAJANG,SELANGOR
14.KELLIE'S CASTLE,PERAK
15.PENJARA PUDU,KUALA LUMPUR
jalan raya paling berbahaya di dunia
Yungas Road,Bolivia
Jalan Yungas Utara, juga dikenali sebagai jalan maut, sejauh 69 km dari La Paz (ibu kota Bolivia) ke Coroico di daerah Amazon di kawasan Yungas, Bolivia.
Begitu berbahaya sehingga pada tahun 1995,Inter American Development Bankmengiktirafkannya sebagai “jalan paling berbahaya di dunia”. Direkodkan 200-300 orang mati setiap tahun di jalan tersebut. Sepanjang jalan itu banyak salib(batu nisan) dipacakkan menandakan tempat kendaraan-kendaraan mengalami kemalangan maut.
Walaubagaimanapun pada akhir 2006, satu projek jalan raya baru yang memakan masa selama 20 tahun, telah siap, dari La Paz ke Coroico dibuka untuk umum. Akibatnya sekarang ini tidak ramai yang menggunakan jalan Yungas Utara yang lama.
Nombor 2.
Taihang tunnel road
Jalan di pegunungan Taihang ini dibangunkan oleh penduduk desa setempat. Memakan masa 5 tahun untuk menyelesaikan terowongan sepanjang 1.200 meter itu, dengan tinggi kira-kira 5m dan lebar 4m.Ramai penduduk yang terkorban semasa proses pembinaan,namun pembinaannya tetap diteruskan.Pada tanggal 1 Mei 1977, terowongan itu dibuka untuk lalu lintas.Lokasinya di Hunan,China.
Nombor 3.
Arica to Iquique,Chile
Jalan antara Arica ke Iquique ini terkenal dengan kemalangan jiwa, melalui lembah-lembah yang dalam dan berbelok-belok,di kaki bukit terdapat banyak rangka kenderaan yang terjatuh.Antara faktor kemalangan disini ialah kenderaan yang dipandu laju,ini kerana ramai pemandu tergesa-gesa untuk keluar dari jalan ini,faktor geografi(kebanyakkan tanah berwarna merah) selalunya menyababkan pemandu terlalai(bosan).
Nombor 4.
Serbia Road,Russia
Jalan raya federal Rusia ini menghubungkan Moskow dengan Yakutsk di mana pernah mencatatkan suhu tersejuk di luar Antartika. Yakutsk adalah kota terbesar yang pernah dibangunkan di atas tanah yang selalu membeku.Musim sejuk yang berlarutan sehingga 10 bulan dan 2 bulan lagi musim hujan menyebabkan jalan ini sukar untuk diturap.Keadaan ini menyebabkan keadaan jalan yang berlumpur pada musim hujan dan bersalji pada musim sejuk
Nombor 5.
Sichuan Road,China
Di China, angka kematian oleh kecelakaan lalu lintas hampir berlipat ganda selama 20 tahun terakhir (1985-2005), naik dari 3.9 ke 7.6 per 100.000 warga. Salah satu penyumbangnya adalah jalan raya Sichuan,Tibet.Sebuah jalan di dataran tinggi antara Chengdu dan Tibet dimana sering terjadi tanah runtuh dan gelongsoran batu.Jalan raya tersebut sepanjang 2.412km,dari Chengdu di Sichuan di sebelah timur dan berakhir di Lhasa, Tibet di sebelah barat, menyelusuri 14 gunung yang tingginya rata-rata 4.000-5.000 meter, menyeberangi sungai terkenal (seperti sungai Dadu, Jinsha, Lantsang, Nujiang), melintasi hutan tebal dan banyak lagi halangan-halangan berbahaya.
Nombor 6.
James Dalton,Alaska
Jalan raya James Dalton ini adalah jalan berkerikil sepanjang 414 km. Dari simpang Livengood di jalan raya Elliot,terus menuju utara, melintasi tundra kutub sampai ke bahagian-bahagian paling utara Alaska. Jalan ini adalah jalan utama untuk penghantaran minyak.Jika anda pernah menonton rancangan ‘ice road trucker’ di astro saluran history channel,inilah jalannya.
Nombor 7.
Trollstigen,Norway
Trollstigen (tangga Troll) adalah jalan pegunungan di Rauma, Norwegia. Jalan ini menjadi daya tarikan popular bagi para pelancong karana kecuramannya dan adanya sebelas belokan tajam di lereng gunung. Makin ke atas jalan makin menyempit dengan belokan-belokan tajam.Kenderaan yang panjangnya lebih dari 12.4m dilarang memasuki jalan tersebut.Di puncak tersedia tempat parking yang luas dimana para pelancong dapat menikmati permandangan dan juga melihat air terjun Stigfossen. Air terjun ini nampak indah, mengalir jatuh setinggi 320m sepanjang tepi gunung.
Friday, 30 September 2011
boring ker?
Kepada member2 yang boring diluar sana tu..weekend x de aktiviti ker? bosan dalam kelas kuliah ker? tangkap lalat yang ada kt rumah korang tu! bley r buat aktiviti ni yang pastinya menyeronokkan seperti di bawah ini...he3
Monday, 25 July 2011
nervous
sapa yang x belom ambik ujian jpj? ckp2! HAHA, bukan apa, aku just nak share bagaimana payahnya nak ambik ujian ni..sesiapa yang ada pengalaman, untunglah,yang belom pernah bawak? x taw nak tukar clush ke minyak mcm mana? x ke berhenti kereta tu? HAHA. macam nmpk hantu pon ada,takot tiba2 kerete terbehenti plak ditengah tengah jalan..HAHA..grrr omg2! la nnti :) aku bukan nak bawak cerita la..sebelom korang nak ambik ujian jpj..korang kene buat latihan selama 8 jam bagi yang sudah pandai bawak la..maybe yang belom dorang kasi 10 jam ke 12 jam, terpulang kepada tenaga pengajar..sepanjang aku buat latihan asik kene marah je..ada je x kena..melampau btol! HAHA..almaklomlah..ak ni bukan pemandu berhemah pon..bawak main redah je..x kecut pelatih tu? HAHA..sepatotnya pelatih kena la sporting..memandangkan...bukan semua orang pandai bawakkn? lagipon kita bayar apa? what the hell la kalau nak marah2 ni! watch your mouth! pernah la terjadi satu kisah..ak perang mulut ngan pelatih tu..main kasar lagi cakap dye..last2 aku fed up..ak tarik hand break..keluar..tutup pintu kuat2...tendang kete skali! HAHA..mmg ak anti betol keling tu...x taw la kan dye ada masalah keluarga ke apa...tapi x patot..hal kerja lain citer..hal rumah pula lain la..tapi alhamdulillah..dye da diberhentikan kerja ..sebab ramai orang yang komplen pasal keling tu..padan muka! lalala..jadi selepas training 10 jam, aku pon terus booking kt amoi yang handle pasal ujian ni..bukan main lama lgy nak wat ujian tu..ambik masa dalam 2 minggu la..waktu tu..sabar jela..tapi agak risau lakan..mana taw..terlupa ke..x nyaya nnti! hee..so sepanjang 2 minggu tu..aku adalah mencuba kereta mak aku...tapi malangnya auto..so agak senang siketla..berbanding kereta yang akan digunakan masa ujian nnti manual bai...kena la berhati2..huhu..so alhamdulillah dengan berkat doa..aku telah pon lulus ujian ini..so raya ni boleh la konvoi naik kereta,,HAHA..pada mula aku fikir aku fail..tgk2 cukup makan je...masa tu aku x taw nak ckp apa....bersyukur sgt2..alhamdulillah :)
kepada yang belom ambik ujian
GUD LUCK!
Tuesday, 19 July 2011
facebook kita selepas kita sudah tiada
pernah x terlintas difikiran korang jika suatu hari nnti korang sudah tiada?
apa akan terjadi pada akaun facebook korang
kita tidak tahu bila kita akan pergi
facebook kita hanya kita sahaja yg taw
kita sahaja yg tahu mengaccesskannya
sbb apa?
password!
orang lain tidak mengetahui..
jadi apa2 yg ada tetap akan ada..
gambar yang tidak menutup aurat bagaimana?
facebook medium untuk berkomunikasi bukan untuk publisiti
tidak dapat aku bayangkan ..
mesti kawan kita akan mengucapkan takziah kepada kita,
disaat itu kita tidak boleh nak ucapkan apa2 lagy
ia hanya hiasan, kenangan disaat suatu ketika dahulu
dimana kita meluahkan rasa,
tetapi,
ianya sudah berakhir,
kalau dahulu kita ketawa,berfoya-foya,tengok gambar yang tidak menutup aurat,
tapi sekarang kita tidak dapat melihat apa2
hanya pahala yang bisa kita harapkan,
aku tidak mahu dosa,
tetapi aku tidak boleh lari darinya,
aku tidak sempurna!
tetapi masih cuba untuk berubah ,
apa apa pon saksikan video dibawah ye..(^_^)
http://www.youtube.com/watch?v=oFo6QZAL5KU
Wednesday, 6 July 2011
Siapa kenal albert einstein?? ?
Mari kita kenali beliau dengan lebih rapat!
Kita telah mengetahui seorang ilmuwan Fisika yang terkenal sejak zaman bahula sampe sekarang, zaman modern..
Seorang Genius yang telah berhasil mempublikasikan teori relativitas dan Nisbi ini memiliki sesuat yang aneh pada masa hidupnya..
1. Ketika Einstein lahir ia seorang bayi yang gemuk dan berekepala besar, (ibunya sampai-sampai menyangka ia cacat).
2. Einstein ketika masih kanak-kanak susah sekali berbicara, (Sebagai anak kecil ia susah sekali berbicara, kalau berbicara ia sangat lamabat atau terbata-bata, ini berlanjut sampai ia berumur 9 tahun).
3. Einstein di inspirasi oleh sebuah kompas, ( Ketika Einstein berumur 5 tahun terbaring di tempat tidur karena sakit ayahnya memperlihatkan kepadanya sesuatu yang menyulut minatnya pada sains benda itu adalah: Kompas).
4. Einstein gagal ujian untuk masuk ke perguruan tinggi, Dalam tahun 1895, pada usia 17 tahun, Albert Einstein masuk ke Swiss Federal Polytechnical School(Eidgenössische Technische Hochschule atau ETH). Ia lulus ujian matematika dan pelajaran sains, tapi gagal di pelajaran lainnya (sejarah, bahasa, geografi, dll)!, pernah ia masuk ke sekolah perdagangan tapi akhirnya kembalilagi ke ETH setahun kemudian.
5. Einstein mempunyai anak terlarang atau anak diluar nikah, (Pada tahun 80an surat-surat pribadi eisntein mengungkapkan sesuatu yang baru, yaitu ia memiliki anak haram dari sesama mantan siswi Mileva Marić).
6. Einstein Mempunyai hubungan yang buruk pada anak pertamanya. Setelah einstein bercerai dengan istrinya, hubungan Einstein dengan anaknya hansAlbert menjadi layaknya ” batu”, Hans mencela ayahnya karena setelah memenagkan hadiah nobel ia htidak peduli lagi pada istrinya , sehingga mantan istrinya mendapatkan kesulitan finansial.
7. Sesudah Einstein menceraikan Mileva, einstein menikah dengan gadis muda. ketidaksetiaannya dijadikannya sebagai salah satu alasan untuk bercerai. dia segera menikahnya sepupunya Elsa Lowenthal. Sebetulnya, Einstein juga mempertimbangkan menikah debgan Elsa’s (dari perkawinan pertamanya) Ilse, tetapi dia keberatan.
8. Einstein, Pecinta Damai, tetapi mendesak FDR untuk membangun Bom Atom, (Hasilnya, 2 bom atom jatuh di hiroshima dan nagasaki).
9. Otak Einstein diawetkan di Guci selama 43 Tahun.
sekian dari saya!!
Thursday, 30 June 2011
aku bukan seorang perokok
KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK!!
perokok?
aku bukan seorang perokok!
kalau boleh aku nak dijauhkan diripada orang yang merokok,
bukan sebab apa,kerna aku sayang diri aku ni ler..hee
korang taw la kan...kesan sampingan orang yg terkene asap rokok
bukan ak benci ,
tetapi kadang2 ade yg x respect kt public!
sembur asap sana sini..
mana akal?
atau dia orang nak kita pon terlibat sama?
what the hell la kan!
what the hell la kan!
HAHA..ini aniaya..
ade gak yg okey...
tetapi dalam nisbah yg agak sidikit kan?
okey..kali ni saya senaraikan kesan2 merokok dan cara mengatasi :)
Banci menunjukkan bilangan perokok di barat lelaki menurun manakala bilangan perokok perempuan masih sama. Perokok paling ramai adalah mereka diantara umur 16 hingga 24 tahun. Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.
Apakah bahaya merokok???
Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
- Barah paru-paru
- Kelelahan akibat COAD dan emphysema
- Sakit jantung iskaemia
- Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
- Kanser pundi kencing
- Air mani tidak normal
- Lemah ingatan
- Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
- Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
- Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
- Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
Apakah kesan racun/toksik akibat merokok ???
Dalam rokok terkandung pelbagai jenis racun yang amat berbahaya. Antaranya polycyclic aromatic hydrokarbons, nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser/barah. Enzim-enzim yang terkandung dalam rokok meyebabkan kelemahan pada sistem pertahanan badan.
Bagaimana cara berhenti merokok ???
Jangan merokok dari awal
Jika sudah ketagih ,ada 3 cara
1) Berhenti terus
2) Berhenti beransur-ansur
3) Menggunakan bantuan nikotin gantian seperti patch nikotin dan gula-gula nikotin.
SEKIAN :)
Subscribe to:
Posts (Atom)